Senin, 31 Mei 2010

Besi bukan makhluk bumi??

FAKTA MENGENAI ANGKASA

Allah subhanahuwata’ala menerangkan kepada kita hambanya bahawa kitab
sucinya al-Quran diturunkan sebagai peringatan kepada seluruh alam.

Allah subhanahuwata’ala berfirman (maksud):

“Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. Dan
demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang
diterangkannya, tidak lama lagi.” (Surah Saad,38:ayat 87-88).
Justeru, Al-Quran ialah satu peringatan kepada semua manusia sehinggalah ke
Hari Kiamat. Ia mengandungi maklumat yang manusia akan kaji dan temui bila
sampai masanya. Al-Quran diturunkan daripada ilmu Allah subhanahuwata’ala
sendiri dan setiap ayat-ayatnya diturunkan dengan pengetahuan Allah
subhanahuwata’ala, sebagaimana yang Allah subhanahuwata’ala firmankan
(maksud):

"...Tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah
diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya..." (Surah
An-Nisaa’, 4: ayat 166)

Setiap ayat mengandungi ilmu yang benar. Manakala manusia pula sentiasa maju
dalam bidang ilmu. Apabila berjaya meningkatkan ilmu sains ke tahap yang
lebih tinggi, manusia berupaya pula memecahkan rahsia ilmu yang terkandung
di dalam ayat-ayat Al-Quran itu. Justru setelah mengetahui ayat ini
diturunkan Allah, dengan peningkatan tahap kemajuan, manusia akan berupaya
menemui jawaban yang membolehkan mereka memahami ayat lain, dan ayat
seterusnya. Dengan cara ini manusia berterusan dapat memahami lebih banyak
ayat-ayat lagi. Inilah kehebatan Al-Quran.

Profesor Armstrong berkerja di NASA, atau "the National Aeronautics and
Space Administration" (Terjemah: Badan Kebangsaan Mengenai Kaji angkasa dan
Angkasa). Beliau seorang saintis yang terkenal di situ. Kami bertemu beliau
dan bertanya beberapa soalan mengenai ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan
kaji-angkasa. Kami bertanya beliau mengenai besi dan bagaimana ia dibentuk.
Beliau menerangkan bagaimana semua bahan-bahan di bumi dibentuk. Menurut
beliau, ahli-ahli sains baharu sahaja menemui fakta-fakta mengenai proses
pembentukan itu. Katanya seluruh tenaga dalam sistem matahari masih tidak
mencukupi untuk membentuk satu atom besi.

Untuk membentuk satu atom besi, tenaga bersamaan 4 kali keseluruhan tenaga
daripada sistem matahari diperlukan. Dengan kata lain, seluruh tenaga-tenaga
daripada bumi, bulan, atau planet Marikh atau planet-planet lain tidak
mencukupi untuk membentuk satu atom besi yang baru. Malahan gabungan
keseluruhan tenaga dalam sistem matahari juga tidak mencukupi untuk tujuan
itu. Justeru, Profesor Amrstrong berkata ahli-ahli sains percaya bahawa besi
ialah bahan dari langit yang dihantar ke bumi dan bukannya berasal dari
bumi. Kita baca di dalam Al-Quran ayat yang bermaksud:

“Dan kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang
handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia” (Surah Al-Hadid, 57:Ayat 25)
– Makna penuh, lihat dibawah. Nota 1.
Nota: Perkataan ‘wa an-zalnal hadid’ di tafsirkan sebagai ‘Dan kami turunkan
besi” di dalam terjemahan berbahasa Inggeris Yusuf Ali. Manakala Tafsir
ar-Rahman menterjemahkan ‘Dan Kami telah menciptakan besi’-pent.

Kemudian kami bertanya beliau samada angkasa mempunyai sebarang rekahan atau
keretakan di dalamnya. Beliau menafikannya dan menjawab apa yang kami
bincangkan dinyatakan dalam satu cabang kaji-angkasa dipanggil “Intergrated
Cosmos’ (Angkasaraya Yang Berangkai) yang hanya ditemui ahli sains beberapa
tahun kebelakangan ini saja. Contohnya, jika suatu badan di angkasa lepas
bergerak dalam satu arah dan kemudian bergerak dalam jarak yang sama dari
arah yang lain, anda akan temui bahawa beratnya sama dalam semua arah.
Disebabkan badan mempunyai keseimbangan (‘eguilibrium’) tersendiri, tekanan
dari sebarang arah adalah sama. Tanpa keseimbangan ini, angkasaraya akan
runtuh dan berkecai. Saya ingat satu firman Allah subhanahuwata’ala
bermaksud:

"(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup
semula) maka tidakkah mereka mereka memandang ke langit yang ada di sebelah
atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi)
serta Kami memperhiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak
ada padanya retak-renggang?” (Surah Qaaf, 50: ayat 6).
Kemudian kami berbincang dengan Profesor Armstrong mengenai percubaan
ahli-ahli sains untuk sampai ke tepi atau penghujung angkasaraya, dan kami
bertanya beliau jika mereka telah berjaya melakukannya. Beliau menjawab
mereka berada dalam keadaan yang amat sukar untuk sampai ke penghujung
angkasaraya. Kami membina peralatan yang lebih berkuasa untuk memerhatikan
angkasaraya hanya untuk menjumpai bahwa bintang-bintang baru yang kami temui
masih berada di dalam galaksi sendiri dan kami belum lagi sampai ke
penghujung angkasaraya. Beliau menyedari keujudan ayat Al-Quran bermaksud:

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada
penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan kami jadikan
bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami
sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang” (Surah Al-Mulk, 67:
ayat 5)
Memang benar, semua bintang-bintang itu adalah perhiasan di langit terendah.
Beliau berkata bahwa ahli-ahil sains belum sampai ke penghujung angkasaraya.
Profesor Armstrong menambah, oleh kerana inilah mereka memikirkan untuk
meletakkan lebih banyak teleskop di luar angkasa (‘outer space’) supaya
pemerhatian mereka tidak diganggu oleh habuk dan bahan-bahan atmosfer yang
lain. Teleskop biasa yang berasaskan cahaya tidak berupaya melihat terlalu
jauh, jadi kami gantikan dengan teleskop berasaskan radio yang membolehkan
kami melihat lebih jauh. Walau bagaimanapun, kami masih tidak berjaya
melepasi sempadan angkasaraya. Kami bentangkan kepadanya satu ayat
bermaksud:

"...(jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu)- dapatkah engkau
melihat kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya
pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat
sebarang kecacatan), sedang ia pula kerkeadaan lemah lesu (kerana habis
tenaga dengan sia-sia)." (Surah Al-Mulk,67:ayat 3-4).

Setiap kali Profesor Armstrong memberitahu kami apa-apa fakta sains, kami
bentangkan kepadanya ayat-ayat berkaitan yang beliau akui. Kemudian kami
katakana padanya: “Tuan telah melihat dan menemui sendiri penemuan
kaji-angkasa moden dengan menggunakan peralatan moden, roket-roket, dan
kapal angkasa yang dibina manusia. Tuan juga melihat bagaimana fakta yang
sama telah pun dinyatakan oleh Al-Quran 14 kurun yang lalu. Justeru, apa
pendapat tuan mengenai perkara ini?”

Jawab beliau: “Itu satu soalan yang amat rumit yang saya telah mula fikirkan
sejak kita mula berbincang disini. Saya merasa takjub bagaimana tulisan lama
(ayat-ayat Al-Quran-pent) ini serasi dengan penemuan kaji-angkasa terkini
dan moden.Saya bukanlah seorang cendikiawan yang cukup ilmu mengenai sejarah
kemanusian untuk memberi pendapat lengkap mengenai suatu keadaan yang telah
ujud sejak 1400 tahun dahulu.

Semestinya, saya berpendirian apa yang kita saksikan suatu yang menakjubkan,
ia mungkin membuktikan atau mungkin tidak membuktikan penemuan sains.
Mungkin ada suatu yang mengatasi apa yang kita faham sebagai pengalaman
manusia biasa berkaitan tulisan (ayat-ayat Al-Quran-pent) yang kita lihat
ini. Tidak menjadi niat saya atau tidak menjadi tanggungjawab saya pada saat
ini untuk memberikan jawaban kepada soalan itu. Saya telah memberikan banyak
ulasan tanpa menyatakan secara khusus apa yang anda mahu saya katakan, tapi
saya rasa menjadi tugas saya sebagai ahli sains untuk bersikap berkecuali
dalam soalan tertentu dan saya fikir inilah sebabnya saya lebih baik
berhenti daripada memberikan jawaban lengkap seperti yang anda mahukan.

Benar, amat sukar untuk membayangkan ilmu yang diturunkan dalam Kitabullah
1400 tahun dahulu boleh diturunkan kepada Nabi Muhammad
sallallahu’alaihiwasallam daripada suatu sumber manusia. Semestinya ada
sumber lain dari mana ahli-ahli sains menimba ilmu mereka, kerana hanya
Allah subhanahuwata’ala maha mengetahui rahsia mengenai langit dan bumi.
Sebagaimana yang kita lihat dan dengar daripada beberapa perjumpaan dengan
ahli-ahli sains, kita sedang berada di ambang era baru.

Era ini adalah zaman di mana ugama dan sains boleh duduk bersama-sama, ugama
yang benar dan sains yang benar. Justeru, tiada percanggahan langsung
diantara keduanya, juga tidak ujud pertelagahan antara keduanya. Inilah
kesimpulan yang dicapai oleh cedikiawan Islam sejak zaman berzaman. Iaitu,
tidak mungkin suatu fakta sains yang sahih boleh bercanggah dengan kebenaran
yang diturunkan dari langit. Jika mereka berkata kita berada di zaman
angkasa, itu sememangnya betul, ianya satu zaman dimana ilmu sains dan ugama
boleh bersetuju diantara satu sama lain. Namun ini hanya mungkin berlaku
diantara pengetahuan sebenar dan ugama Islam, yang Allah subahanahuwata’la
jaga daripada diubah dan dipalsukan.


Nota 1: Makna penuh ayat 25, Surah Al-Hadid, 57:

"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul kami dengan membawa
bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan kami telah menurunkan
bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan,
supaya manusia dapat menjalankan keadilan. Dan kami telah menurunkan besi
dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah
lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya
manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari)
dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan
kehandalannya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta
menolong Rasul-rasulnya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan
(kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa" (Surah Al-Hadid,
57:Ayat 25)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar